salam and halo all..
first of all,
sorry sangat sebab dah tak mengemaskini blog ini.
mana taknya, setiap hari pasti ada kerja rumah
kadang kala ada rancangan untuk
ke mana mana..
tambahan pula,
minggu ini,
meLUVe perlu menduduki
ujian bulanan- Februari
doa' kan meLUVe dapat
keputusan yang baek yeah
AMIN
tapi yang penting sekarang
is Diari Two Mirror…
lama sangat tak upload,
kini ianya kembali lagi...
___________________________________________
Lima saat berlalu, darah mulai menyalurkan oksigen yang cukup untuk otak ketiga tiga mereka berfungsi semula. Nabihah bertindak sebagai penyelamat dengan menelefon rumah. Alin dan Zaim pula meluru ke Nadzihah.
“Ibu, kakak kemalangan kat depan tasik. Kene langgar. Ibu datang ambil kitorang.”
Sejurus talian dimatikan, Nabihah ke arah Alin dan Zaim.
“Alin dan Zaim boleh tolong Nab tak? Tolong bawa balik basikal Nad. Nanti bila ibu sampai, Nab teman Nad ke hospital.”
Tanpa sepatah kata, Alin dan Zaim mengganggukkan kepala.
“Nad tak apa-apa? Teruk ke dia kemalangan?” Tiba-tiba Amin dan Amir muncul dari belakang.
“Tak tau lagi. Tengah tunggu ibu dia datang bawa pergi hospital” Zaim bertindak segera. “Saya ikut sekali la kalau macam tu.”
Sampai saja di hospital, Nadzihah segera dirawat. Nabihah memeluk erat beg Nadzihah. Amin pula sibuk berbalas SMS dengan Zaim untuk menyampaikan berita terkini tentang Nadzihah.
“Doktor, bagaimana dengan anak saya?” Puan Norreihan bertanya kepada dooktor yang keluar dari bilik rawatan. Nabihah dan Amin lantas bangun menuju kea rah doktor tersebut.
“Dia tak apa-apa. Tiada apa yang serius. Cuma tulang tangan kirinya dan ada bahagian di kepalanya mengalami keretakkan. Jadi, saya rasa dalm 2-3 minggu ini, dia akan di tahan di wad sehingga keretakan di kepalanya itu pulih. Dan saya rasa, apabila kepalanya pulih, tangannya juga sudah hampir sembuh. Tetapi itu semua bergantung kepada kekuatannya sendiri. Kalau tiada apa-apa lagi, saya minta diri dulu ya.” Panjang lebar doktor itu memberi penjalasan. Puan Norreihan hanya mngganggukkan kepalanya.
Nadzihah dan Amin mendengar penjelasan dokor itu sambil memandang tanpa kelip matanya. Begitu risau akan orang tersayang mereka.
“Kita balik dulu la ya. Amin, nanti mak cik hantar kamu ya.”
Sampai saja di rumah, Puan Norreihan segera bersiap untuk ke hospital semula. Tak sampai hati untuk meninggalkan anaknya itu. Beberapa helai blaus, seluar, tuala dan barang-barang mandi dimasukkan ke dalam sebuah beg. Pakaian tebal juga dibawa kalau-kalau dia atau Nadzihah kesejukkan. Begitulah hati seorang ibu. Tiada apa yang dapat menandinginya.
Puan Norreihan tinggalkan rumah apabila semuanya sudah pasti dibawanya. Ketika hendak keluar dari muka pintu, dia terserempak dengan suaminya, Encik Izzuddin yang beru pulang dari kerja.
“Nak ke mana petang-petang ni?”
“Nak ke hospital. Abang, saya nak cepat ni. Apa-apa, Tanya Nabihah la ya. Minta maaf ya” Lantas dia menghidupkan enjin keretanya.
Nabihah mengekori kereta ibunya dengan anak matanya. Apabila hilang dari pandangannya, dia melihat muka ayahnya yang beriak risau. “Ayah masuk la dulu. Nanti Nabihah cerita.” Nadzihah memahami ayahnya yang keliru dengan keadaan ibunya tadi.
Malam itu, hanya Nabihah dan ayahnya yang mengisi rumah itu. Nabihah mati akal, kerana walaupun cikgu ada bekalkan kerja rumah, tapi semuanya telah disiapkan di sekolah bersama kakaknya, Amin dan Amir, Alin serta Zaim. Tiada apa lagi yang dia perlu lakukan.
Ayahnya pula di dalam bilik bacaan, sedang menyiapkan kertas kerjanya. Tugasnya sebagai CEO di sebuah syarikat pembinaan telah membataskan dirinya untuk meluangkan sepenuh waktunya disamping keluarga tercinta.
Hampir setiap hari, begitu lah rutin Nabihah. Dia menghabiskan waktunya menghadap komputer. Tiap-tiap hari menghadap bende yang sama. Friendster, MySpace, Blogger, laman web yang memaparkan artis kegemarannya, download cerita-cerita yang diingininya.
Setiap hari, ibunya akan pulang ke rumah. Tetapi sebentar sahaja. Hanya untuk memasak, mengambil baju yang bersih, membasuh baju yang sudah digunakan dan kadang kala membawa sedikit masakannya ke hospital. Dia juga akan memberikan maklumat terkini tentang Nadzihah kepada Nabihah.
Nabihah pula akan memberitahu ayahnya, Amin dan Amir serta Alin dan Zaim. Dia tahu, itu tanggungjawabnya, iaitu untuk mengwar-warkan mereka.
5hari berlalu sejak Nadzihah masuk hospital, sehingga pada suatu hari, ibunya bertanya kepada Nabihah ketika dia sedang memasak di dapur manakala Nabihah turun untuk menjenguk ibunya itu. “Nabihah nak ikut ibu lawat kakak hari ni? Dia dah mula tanya pasal keadaan di rumah nieh. Macam-macam dia tanya, sampai tak terjawab ibu.” Tergelak kecil mereka.
“Kalau Nab nak ajak Amin, Amir, Alin and Zaim boleh? Ye la, diorang kan dah macam adik beradik kitorang jugak..” Nabihah bersungguh-sungguh untuk menjemput sama rakan-rakan baiknya itu.
“Mestilah boleh. Pergi bagitahu diorang. Lepas A’sar kita pergi.” Begitu senang persetujuannya diberikan.
Lantas Nabihah naik ke biliknya untuk membawa barang-barang yang perlu terutama sekali surat Amin untuk Nadzihah. Apabila segalanya sudah siap, jarinya mula menekan-nekan punat nombor di handphone-nya. Ingin memaklumkan Amin, Amir, Alin dan Zaim supaya bersiap untuk berjumpa dengan Nadzihah.
Sesudah itu, dia sudah terduduk bosan. Hanya menunggu A’sar menjelang saja. Dia membelek-belek surat kakaknya itu. Pandai juga Amin ingin memikat kakaknya itu. Sangat simple sampulnya dangan warna kesukaan Nadzihah, hijau.
Nabihah dapat rasakan ada kejutan yang akan dilakukan oleh Nadzihah.
_________________________________
sampai sini saja yang meLUVe
dapat utuskan.
hope kalian enjoy reading it.
salam rindu,
Nurhayati Nadhirah
binti Haju Muhamad
a.k.a.
whotherealmeLUVeaDi
mood:
meLUVe: saya rindu KakDora~
hey kamu ~ . . . ~
sesaat pertemuan menitik perkenalan
seminit perkenalan menerbit kemesraan
sejam kemesraan mengukuh persahabatan
sehari persahabatan selamanya dalam ingatan
sahabat ♥ rakan ♥ teman
ini tentang diri ku
- whotherealmeLUVeaDi
- duLLsviLLe, Melaka, Malaysia
- me,always be me.nothing can be me,nothing can change me either.hoping everybody can except the way i am.
I'm special in my own way. Believe me!For people who don't know me well they might think that i'm very quiet,serious,sombong,etc.
but acctually i'm a talkative person, with someone that i know.i talk a lot with people tht i'm close with, especially my parents and my only sis.
I'm the person who will move towards my goals in life.if i want something,i will do something.but sometimes it depends on the situation,you know.frankly tht's me.
i'm a soft- hearted person,i like green,i like blue,black and white as well.i like to eat chocolate, Cadbury- Diary Milk.i like being nice to people.i like to smell nice too.ghee.i like to read.i read a lot.maybe.but i read Harry Potter,all 7 of them.. i love book a lot..i read jiwang books too.hihi.i read comic.but not that often..i like kids a lot.like their chubby face.
:B
i enjoyed myself
Saturday, February 28, 2009
"~"125"~" Diari Two Mirror
dia yang tulis!! whotherealmeLUVeaDi pada 10:14 AM
Labels: ~Diari Two Mirror~, ~ini suatu cerita~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 orang memberi respond:
Post a Comment